CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 15, 2011

SAAT TERAKHIR DI UPSI

assalamualaikum...
selamat pagi dari kampung yg ada cinta hati ku...
buka mata pagi ni, akhirnya aku di kelantan (gayanya mcm x sdarkn diri dari smalam)
saje nk reverse blk kenangan yg b'laku spanjang beberapa minggu sblum ni..

minggu sebelum exam 

# 5 hari hbiskan masa kt kolej harun aminurrashid (kolej kediaman yg amat ku syg). sbb g hbiskan masa kt sana ialah ;-


1. nk teman kak muni yg comel lg cute sbb roomate dia blk kampung
2. sbb nk g study, sbb duk taman sri indah aku jadi malas sgt...xtau la knapa. walaupun aku nampak bdk2 umh gigih b'study.

# balik umah sewa tercinta sehari sebelum exam


minggu exam 

# macam biasa setiap hari sblum msuk dewan exam, jmpa penguat semangat dulu iaitu cik syuki, seorang sahabat yg byk tolong aku dalam setiap hal. asal susah je aku cari mung kan? senang pon aku ingat ke mung..thanks syuki ^_^

# tiap hari lepas exam, blk menggila ngan budak2 taman sri indah dulu sebelum study utk paper seterusnya.
aku dah bg wabak kaw2 punye kt dorang. *main game virtual village*. satu umah kena virus !! haha

# cipta kenangan and memori2 terakhir ngan dorang kt taman sri indah t'masuk sorang bdk bahtera teres, anis maisarah.

# mintak tips2 dengan encik firdaus sahabat yg penuh ngn tips yg b'guna. akan sy guna tips yg awk bg tu smpai bila2..insyaAllah. thanks !!

# tengok bulan sama2 ngn budak comel and yana kt luar umah pkul 1 pagi sampai jiran sebelah pon terikut skali..hahaha..

# hari last exam, senang betul air mata aku keluar. sebelum msuk dewan, aku nanges sbb aku mcm x ingat pape aku study 2 3 ari lepas, jealous tgk korang semua cte blk apa korang tau..ayat ummu intan nadiah lah wat aku nanges sebenarnya, dia cakap "aku tak study pon weh, xtau la apa nk jawab nanti". tapi masa tu aku dgr dia sebut macam2 bnda yg aku xtau aku rasa aku dah habiskan nota yg puan bagi. T__T
bila dah habis paper tu, aku sebak balik sebab sedih nk b'pisah ngan dorang2 semua ni. aku xde la nanges first2 tu sbb malu. tapi lepas si adlina peluk aku...perrrgghhh..tnpa ku pinta air mata gugur !!! aku malu !! aku malu !! tapi seriously sedih. 


minggu lepas exam 

# minggu ni lagi dahsyat...asyik nanges je keje aku tmbah2 ingat kat si dia yg x patut aku ingat. jatuh cinta ngn orang yg salah, gini la padahnya. orang wat baik sikit, mula lah nk suka. nak ajak jumpa, tapi aku malu. aku rasa macam nk g cakap je, "awak, sebenarnya saya jatuh cinta ngan awak sejak awak bagi saya nasi goreng malam tu". *kalau awak baca, sekarang awak dah tau isi hati saya kan? sebab awak sorang je yg pernah bg saya nasi goreng*. terima kasih awak sbb bg sy rasa mcm mna jtuh cinta pda org yg x spatutnya, sbb sy tau hati awk dah dimiliki..

# g khar lagi..tolong cik syuki angkat barang, tolong tengok cik farihan kemas, nanges2 depan cik farihan. malunya sy ngan awok mlm tu, tapi xpe kan? tolong cik imani hantar bear kt umh nasuha, thanks awok sbb belanja sy nasi lemak kukus yg dah lama mengidam, thanks sbb menadah telinga dgr sy crita. keluar ngn cik shida, dpt hadiah dri cik shida...thanks awak..i'll miss u..

# tengok cik moon dpt "permainan baru" hahaha...suka !!! dengar cerita cik puteri..smoga awak tabah ye !! gadoh2 ngan cik ada. and macam2 lagi..sedih klu smua nk crita !! huhu

# jumaat family dtg tg.malim nk ambik barang

# pagi sabtu, konon2 xnak sedih2 siap nekad lagi. tapi bila salam ngan zilah, fathin, rahimah, intan, sebak tu dtg balik !!!! masa salam tu senyum and dpt ckp mntk maaf je yg lain2 xbleh nk ckp..aku xnk nanges depan dorang...malu !! tapi bila dah dalam kreta, air mata mula ngalir laju2...umi tanya pon aku jwb slow je sbb nk cover suara tgh nanges..sy syg korang semua !!!



lastly ~~
i love UPSI and all my friend !! ada jdoh kita jmpa lagi...gonna miss u all..walaupun ada psl2 sape2 yg aku x tulis kt sini..kenangan itu terletak dihati...seandainya suatu hari aku hilang ingatan, mgkin kenangan itu akan hadir untuk membantu mengembalikan ingatan ku...thanks to all of you ^__^

Sunday, September 11, 2011

...R.I.N.D.U...

first

v
v
v

saya rindu my honey stars kt kampung & kt nilai

* semoga mereka sihat selalu, sentiasa rindu saya jgk dan berada dalam lindungan kasih sayang Allah. saya sayang kamu semua selamanya


second

v
v
v

saya rindu doktor yg bg saya ubat hati

* smoga dia sihat2 slalu dan sntiasa brada dlm lindungan kasih syg Allah. Lepas saya rapat dgn dia baru saya tahu bahawa hati yang sakit boleh d ubati. Thank you very much..uhibbuki fillah ya ukhti..




kat atas ni ubat yg doktor saya tu bagi ~~ x salah kut kalau nk share..bleh lah sama2 kita mngubati hati ^__^

Wednesday, August 3, 2011

..:: NAK TULIS SESUATU SEBELUM TIDUR ::..

WANT TO SAY SOMETHING BEFORE I CLOSE MY EYES TONIGHT

1 - SAYA BANGGA JADI DIRI SAYA, WALAUPUN ADA KELEMAHAN NAMUN, SAYA ADA BANYAK KEKUATAN UTK BUAT SAYA TERUS BERSEMANGAT !!

2 - SAYA ADA PELANGI YANG MEWARNAI HIDUP SAYA

~ FAMILY
~ KAWAN-KAWAN SMKATB
~ KAWAN-KAWAN UPSI ( ESPECIALLY YG PRNAH SAMA KELAS )



3 - HARI NI PALING MEMENATKAN
i - menggigil dalam bilik kuliah smata2 nk edit word & slide utk present
ii - kna tukar2 bilik kuliah
ii - balik dalam basah kuyup sbb hujan lebat
iii - kelam kabut cari jurnal utk buat assignment sampai hilang rasa lapar ( pkul 7 lbih bru sdar da nk buka)
iv - baca nota utk kelas "kakak" kesayangan kawan-kawan saya

4 - SEHARIAN TAK BARING -bagusss-


saya bukan nak merungut sebab ni bulan puasa dan saya jadi penat..tapi saya nak cakap, walaupun saya penat, saya happy sebab saya puas hati dengan segala benda yang saya lakukan hari ini dan saya laluinya bersama kawan-kawan yang lain. 

HARI INI ADALAH HARI YANG PERNUH WARNA WARNI
ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH YA ALLAH SEBAB KURNIAKAN HARI INI





Monday, July 11, 2011

..::ciri calon suami::..

sebenarnya entry ni bukanlah nk cakap aku ni desperate sgt nk kawin..tapi nak kongsi apa yg baru dibaca je..lagi pun dah lama x update blog kan...b'sawang disegenap sudut dah pon blog aku ni...sbb blog aku bkn best mne pon org nak baca...tapi sbelum tu nak ckp honestly la kan..mmg bnda2 ni aku copy paste je...klu ada org dah baca...diam2 ye....keep smiling, and scroll down......

v
v
v

KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK...SALAH KE?TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Friday, June 10, 2011

.::kampungku yang dirindui::.

dah seminggu balik tg.malim perak darul ridzuan and dah seminggu jgk kls utk semester lima bermula. bila duduk2 je dalam bilik kat rumah sewa t'cinta ni, bosan bebenor..rindu plk kt kampung halaman yang indah itu. mulalah buka balik album2 gambar dalam lappy ni. meh nk tnjuk sket gmbar kg tercinta..

let's scroll down
v
v
v


ni kebun sayur dearest granny..nmpk tak nenek i yg cover muka dia yg lawa tu sbb xnak bg i snap gmbr dia..hehehe



ini kangkung yg ditanam oleh my dearest granny...segar..buat kangkung goreng belacan memang t'sangatlah best...haha...pikir makan je..



ni gambar i snap msa ikut nenek g pasar pagi..rajin btol kan i(perasan)..biasalah, masa cuti sem ari tu jadi suri rumah kna la g psar bli sayur, bli ikan...hehehe


cun tak makcik yg jual ikan nih? siap ada pkai bedak sejuk lagi kat pipi...dia perasan tu i snap gambar dia, makcik ni memang suka b'gambar kot..x macam nenek i..haha



nk jgk tayang gambar ikan yg xtau pe namanya nih..setiap kali g pasar, msti tnya "mok, ni ikan gapo?" tapi tak jugak ingat nama nya..teruk sungguh ingatan bila byk mnum air cap semut..



ambik kau..byk benor kopok...best tu..sape nk bli kopok..jom la dtg kg i..hahaha...bajet mcm kopok byk...tu dia akak..cun melecun..ada sape2 b'kenan? hahaha



langit petang yang cantik...rindu..rindu..rindu...

desa tercinta...rindu lah...mau balik sekarang...huhuhuhuhu





Wednesday, June 8, 2011

.::khas sempena hari bapa::.

i want tell everyone that i love my daddy so much. i hope i will be anak solehah for him and my mummy. wah..wah..rajin plk nk speaking. tulis dalam bm la senang sikit. saya ada dengar seorang ustaz bagi ceramah hari tu, kalau tak salah dalam rancangan tanyalah ustaz kat TV9, ustaz tu cakap pasal bapa dayus. saya terfikir lah, ada jgk ke istilah ni untuk ayah, kalau tak silap sebelum ni saya pernah dengar pasal suami dayus je. bila dah dengar ustaz tu cerita barulah saya dan faham konsep 'bapa dayus'. sedih bila dengar ustaz cerita, jujur saya cakap sampai saya menangis. bukan apa, sambil saya dengar, sambil saya fikir adakah saya seorang anak yang menjadikan ayah saya dayus. kesian ayah saya, saya buat dosa, dia yang tanggung. masa kat akhirat nanti, ayah saya masuk neraka sebab dosa-dosa yang saya lakukan..nauzubillah...masa ustaz tu cakap saya takde catat, then saya pon search la kt uncle google psl bnda ni, and akhirnya saya jmpa ciri-ciri lelaki jadi dayus, kira ada kaitan jgk lah ngn bapa dayus kan? so, saya nak share kat semua orang lah sbb saya pernah dengar orang cakap, sebarlah ilmu walaupun sedikit ke mcm mna entah bunyi kata-kata tu..ni 
ciri-ciri yang saya maksud kan 

v
v
v

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian,Jutaan kemaafan dipohon anda terkasar bahasa hamba kalamkan. Namun,ketegasan bapa kini akan membawa kesejahteraan dimasa tuanya.Manakala kedayusan bapa kini akan mengunda kesengsaraan dan malapetaka pada dirinya,ahlinya dan negaranya sendiri.


saya tahu saya bukan anak yang terlalu sempurna, baik and solehah, tapi saya harap Allah mampu kabulkan doa saya agar ampunkan dosa-dosa mereka yang bergelar ayah..amin. sebagai anak, saya akan berusaha menjadi seorang anak yang solehah sebab bila mak ayah dah takde mereka perlukan doa anak solehah..semoga diri ini dan semua yang membaca mampu berfikir sejauh mana diri kita sebenar...sekian... 

Monday, May 2, 2011

.::aku memohon kepada Mu::.


~ sesungguhnya aku telah menghampiri ke alam dewasa awal (20 tahun & keatas), soal jodoh sudah mula berlegar-legar di fikiran. 

  ~ Apabila saat ini mula hadirnya insan bernama lelaki yg bisa membuat hatiku terusik dan buat aku jatuh cinta dengan sekelip mata, i hope he's the one for me, my wonderwall, my soulmate. 

 ~ Aku memohon kepada Mu, jika dia jodohku satukanlah hati kami, sempurnakan kami di jalan Mu, dan jika dia bukan untuk ku, jauhkanlah hati kami dan pertemukan kami dengan insan yang sepatutnya. 

~ kepada anda yg buat sy rasa perasaan ini, seandainya kamu ikhlas, terima kasih and i appreciate it. Jika segalanya hanyalah gurauan, terima kasih juga kerana buat sy rasa perasaan ini. 

   

Monday, April 18, 2011

Segmen : Anda dan Gajet Kesayangan Anda


tadi gi jejalan kat bloq cik si cempaka biru nampak dia ada join segmen yg memang mnarik prhatian i...yg dibuat oleh encik hackers..so, i nak join jgk la...i nak tayang jgk apa gajet a.k.a bf kesayangan i ni...ahaks..

bf yg no 1, of course yg i paling syg....
v
v


 ~ syg giler nih, sbb klu xde bf i ni...mcm mna nk snap2 gmbr, nk call family i kt kg. and for sure benda ni boleh kalahkan mnusia yg bakal jd pakwe i..haha...gurau2..bf i ni i angkut pegi mna2 je...msuk toilet je tak...haha..kadang2 ada jgk la (kantoii....haha)


bf yg no 2 and mungkin jgk yg last

 v
 v


yg ni syg jgk...lappy ni baba belikan lps sbb dpt msuk u..syg benda ni sbb dlm ni ada sgala bgai nota kuliah dari sem 1, assignment, movie, game, lagu...hahaha..banyak2...angkut pi mna2 jgk la kalu rajin kan..haha. kalu xde benda ni memang B.O.S.A.N sangat...hahaha


sekian...assalamualaikum...


Saturday, April 16, 2011

SAYA JOIN BLOGLIST SCHA



memang kena lah kan banner ni ngan blog saya..sbb wrna mcm ada lebih dan kurang...hahaha.
dan saya ingin menyatakan bahawa saya bertuah menjadi followers cik scha.
sesiapa nak join bloglist cik scha, sila klik nursyahida-thisisme

Thursday, April 14, 2011

Wednesday, April 13, 2011

aku tak nak jadi macam sekarang !!!

entri ni memang byk kaitan dgn lagu yg aku perdengarkan dlm blog aku ni
v
v
v

Tamatlah zaman persekolahan
Masih dihantui memori
Waktu kecil waktu yang gemilang
Oh Tuhan ku tak mahu pergi

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

~~ best kan kalu macam ni...hidup masa kecik xpyh nk pikir masalah. pikir masalah ni sampai nak pecah kepala pon xkan selesai. dah la bila dah besar macam ni jauh dari family. sangat tidak seronok. masa kecik dulu g memancing ngan abang2 spupu, pakcik slalu dukung, baba bawak jalan-jalan makan aiskrim. indahnya kenangan itu. walaupun masa kecik dulu nakal, slalu kena rotan, zaman tu tetap indah. 

Tak lupa pelbagai peristiwa
Waktu pergi mengaji
Ponteng kerana ku macam tak biasa

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

~~ balik sekolah, gi mengaji ngan adik naik basikal. kadang-kadang main lumba-lumba basikal. balik mengaji pergi kedai, beli gula-gula. kalau hujan pulak, memang aku gi mengaji jalan kaki la, yela...mana tak nye, nak pegang payung lagi, kayuh basikal lagi. kadang-kadang sampai basah kuyup baju kena hujan. indahnya memori itu. kalau dah malas sangat, aku tipu umi & baba, cakap sakit perut la, penat la, tapi ada jugak sekali sekala aku berani nak terus terang yang aku malas, last-last kena marah...adoooiii...hehe. 


~~ bila dah besar macam ni, banyak betul benda nak kena fikir. nak kena berdikari, kena jaga hati orang, kena fikir pasal cinta, nanti nak kena kawin. tambah lagi bila dah besar ni dah kurang kecomelan yang wujud masa kecik dulu, so, susah la sikit nak cari teman hidup. kalau aku cakap, aku nak terus kecik macam dulu, memang tak logik la kan dan bukan juga untuk menyesali dengan apa yg telah ditakdirkan untuk aku selama hari ini. bila ada banyak masalah lagi la aku nak nyanyi lagu ni kuat-kuat !! geram !! nak nangis laju-laju !! kalau aku diberi pilihan aku tak nak kedaan seperti sekarang....


sekian, terima kasih.........assalamualaikum....

Sunday, April 3, 2011

bila aku bermimpi pelik

haishhh....gusar bila ingat mimpi yg bakal aku critakan ni...tak tau kenapa dan mengapa aku dapat mimpi gitu...tp as long as tak ganggu khidupan harian kau, i don't mind...aku mimpi pasal seekor lipas, seekor lipas, seekor lipas..saja nak ulang banyak2 kali sbb nk pstikan btol ke tak mimpi tu...


memang smua lipas mcm gmbar kt atas ni kan? lipas yg dalam mimpi aku tu, memang pelik...bila aku nampak sekor aku tangkap lps tu p buang kt luar rumah...dtg lagi, aku tangkap lagi, g buang lagi...smpai byk kali jgk la aku duk buat benda yg sama je...tapi....bila aku pikir blk, btol ke lipas tu sekor?? adeeehhh....
aku rasa ni msti disebabkan aku tangkap lipas dlm bberapa hari lps...bukan apa...aku kesian kat kawan2, dorang tkut lipas..sbagai kwn yg x tkut ngn serangga yg d takuti rmai gadis 2, aku tangkap la...dah dorg duk jerit2 bila nampak lipas...haru jgk la rumah jadi nya...sape2 yang x tkut dan suka jd penyelamat kwn2 yg tkut lipas ni...jgn lupa cuci tgn lps tangkap tu ye...sbb K.O.T.O.R.....

OK..SEKIAN, ASSALAMUALAIKUM....

Sunday, March 6, 2011

4 MAC 2011

tarikh kat atas ni mungkin salah 1 punca aku jadi macam xda perasaan skrg ni...sebab apa yg b'laku pada tarikh ni aku jd x sehat smpai skrg...mcm sparuh jiwa aku dah hilang...tapi aku anggap ni smua sbgai ujian..ALLAH nk uji aku...DIA x kan uji aku kalau DIA tau aku x mampu...semalam kna marah ngn kwan aku pon mcm xda rsa ppe...masa dia mrh 2...aku dah mula heran n t'tnya2..."Aku kenapa??"....seriously, aku x rasa ppe msa dia mrh aku...padahal selama ni dia tinggi kan suara sket aku dah mula nk nanges...bapak mnja !! haha...tapi bila ingat aku xda prasaan mcm ni...TENSION plk jd nya...AKU KENAPA ???....


tnda soal bnyak giler dlm kpala otak aku 
KENAPA ???

Tuesday, February 15, 2011

JIWA KACAU !!!

haaa....kasi caps lock g2...JIWA KACAU sebab assignment berlambak, bertimbun, berlonggok dan segala mcam perumpaan yg byk2 la...penat gila otak ni fikir...setiap detik terfikir kan dirimu whai assignment..time makan, nak tdo, bgun tdo, mandi, time tgh bli barang kt kdai...buat aku x senang dduk je...kalau aku ada pakwe...dah tentu2 aku akan cakap "encik pakwe, kerinduan saya pda assigment lebih tinggi berbanding rindu pada awak"...tak kejam sgt kan..hehehe...bila lah assignment ni nk reda...aku nak REHAT OTAK !!! aku berkeadaan sperti ini.......


^
ini 

sebenarnya tak pon....biasa2 je...ok lah...sekian saja dari saya...assalamualaikum...

perkara di atas akan sentiasa menggangu kotak minda saya 




Wednesday, January 19, 2011

saya & duit syiling



why..why and why sy tulis psl bnda nih??? haaa...that's because i love duit syiling !!!! sy rela guna duit rm10 sy yg konon nya bsar sgt tu daripada guna duit syiling sy yg b'lambak dalam tabung ladybird sy...hahaha...sy suka duit syiling...nk tgk byk mna duit syiling sy????? ok...jom....

!
!
!
!
!
!
!
!




mcm ni la byk nya duit syiling sy !!!
okei...tak !! sy tipu je ( gmbr skdr hiasan )


then...sy simpan duit syiling sy dalam tabung ladybird sy yg cute miut yg sy bli b'sama sahabat baik sy kt pekan tg. malim...trima kasih sahabat sbb teman kn sy...hahaha...xde kaitan...nk tgk tbung sy ??? jom....
!
!
!
!
!
!
!



exactly bkn mcm ni...tbung sy lg comel !!!


urm....maybe mcm ni

!
!
!
!
!
!
!



yes !! exactly mcm ni...comel kan ??


i love duit syiling much much more !!!! ( betul ke pnggunaan bi mcm 2??)   


sekian, terima kasih ....







Friday, January 14, 2011

award dari encik caer


ini adalah award dari caer sbb jd follower dia...trimas encik caer...

Thursday, January 13, 2011

segmen blogger gegarkan ‘u’

oleh : ben ashaari


1. Belajar mana ? Jurusan ? Tahun ?

universiti pendidikan sultan idris (upsi)...diploma pendidikan awal kanak-kanak...tahun 2...

2. Asal mana ? Umur ?

asal kelantan....umur 20 

3. Kenapa amik jurusan itu ?

sbb abah suruh...kata org x knl maka x cinta...bila dah msuk kos ni, walaupun agak susah...tapi setakat ni ok lagi...

4. Cita cita .. peewwittt ..

dari kcik lagi memang nk jd cikgu...so, insyaallah la jd cikgu..










Tuesday, January 11, 2011

bolehkah saya menangis???



actually...sy dh lme x nanges..sy bangga dgn diri sy...sy x selemah dulu..tp sekarang..sy rasa nk nanges..sbb sy rsa semakin hari semakin jauh dri kwn2...dan di sini sy nk ckp trima kasih kat kwn2 yg b'sama sy skrg, zilah, fathin, feefa, syuki, sham...sebab anda semua adalah kekuatan sy..dan tak lupa kpd roommate sy, farah...klu farah ada dlm bilik, sy jd malu nk nanges...trima kasih...sy da "hilang" ramai kwn..."hilang" bkn b'mksud meninggal dunia...tp "hilang" pergi mninggalkan sy...kwn2 laki sy "hilang" bila dorang da ada makwe...kcuali sham...msa xda mkwe bleh la ckp.."jgn risau, aku akan sntiasa ada ngn kau..ada mslh, crita la ek," tp bila dah ada mkwe...msj pon jrg nk rply...kcian sy kn...kwn pmpuan plk...masa jmpa ok la...bila dah masing2 jauh...sy msj.."sori r weh, aku byk kje,"..."sori la, nth la knp ak rsa mcm mls je nk rply msj org," sy mmg phm awk semua ada komitmen masing2....tp sy mmg btol2 trasa khilangan...bila korg ckp mcm 2..sy ckp..."xpe...aku paham," tp awk smua x tau...hati sy btol2 t'luka...bila sy trasa mcm 2...sy cpt2 ingtkn diri..."biha...jgn trasa..," bila sy crita dgn adik sy, dia selalu ckp "tu la mksud nya..ALLAH dah tnjuk kn kt along..spe yg bleh d jdikan kwn..spe yg xbleh," betul ke??? tapi...walau mcm mana sekali pun...saya tetap bahagia dapat mengenali awk semua...trima kasih sbb telah mewarnai hidup sy...