CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, April 13, 2011

aku tak nak jadi macam sekarang !!!

entri ni memang byk kaitan dgn lagu yg aku perdengarkan dlm blog aku ni
v
v
v

Tamatlah zaman persekolahan
Masih dihantui memori
Waktu kecil waktu yang gemilang
Oh Tuhan ku tak mahu pergi

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

~~ best kan kalu macam ni...hidup masa kecik xpyh nk pikir masalah. pikir masalah ni sampai nak pecah kepala pon xkan selesai. dah la bila dah besar macam ni jauh dari family. sangat tidak seronok. masa kecik dulu g memancing ngan abang2 spupu, pakcik slalu dukung, baba bawak jalan-jalan makan aiskrim. indahnya kenangan itu. walaupun masa kecik dulu nakal, slalu kena rotan, zaman tu tetap indah. 

Tak lupa pelbagai peristiwa
Waktu pergi mengaji
Ponteng kerana ku macam tak biasa

Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

~~ balik sekolah, gi mengaji ngan adik naik basikal. kadang-kadang main lumba-lumba basikal. balik mengaji pergi kedai, beli gula-gula. kalau hujan pulak, memang aku gi mengaji jalan kaki la, yela...mana tak nye, nak pegang payung lagi, kayuh basikal lagi. kadang-kadang sampai basah kuyup baju kena hujan. indahnya memori itu. kalau dah malas sangat, aku tipu umi & baba, cakap sakit perut la, penat la, tapi ada jugak sekali sekala aku berani nak terus terang yang aku malas, last-last kena marah...adoooiii...hehe. 


~~ bila dah besar macam ni, banyak betul benda nak kena fikir. nak kena berdikari, kena jaga hati orang, kena fikir pasal cinta, nanti nak kena kawin. tambah lagi bila dah besar ni dah kurang kecomelan yang wujud masa kecik dulu, so, susah la sikit nak cari teman hidup. kalau aku cakap, aku nak terus kecik macam dulu, memang tak logik la kan dan bukan juga untuk menyesali dengan apa yg telah ditakdirkan untuk aku selama hari ini. bila ada banyak masalah lagi la aku nak nyanyi lagu ni kuat-kuat !! geram !! nak nangis laju-laju !! kalau aku diberi pilihan aku tak nak kedaan seperti sekarang....


sekian, terima kasih.........assalamualaikum....

No comments:

Post a Comment