CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 8, 2011

.::khas sempena hari bapa::.

i want tell everyone that i love my daddy so much. i hope i will be anak solehah for him and my mummy. wah..wah..rajin plk nk speaking. tulis dalam bm la senang sikit. saya ada dengar seorang ustaz bagi ceramah hari tu, kalau tak salah dalam rancangan tanyalah ustaz kat TV9, ustaz tu cakap pasal bapa dayus. saya terfikir lah, ada jgk ke istilah ni untuk ayah, kalau tak silap sebelum ni saya pernah dengar pasal suami dayus je. bila dah dengar ustaz tu cerita barulah saya dan faham konsep 'bapa dayus'. sedih bila dengar ustaz cerita, jujur saya cakap sampai saya menangis. bukan apa, sambil saya dengar, sambil saya fikir adakah saya seorang anak yang menjadikan ayah saya dayus. kesian ayah saya, saya buat dosa, dia yang tanggung. masa kat akhirat nanti, ayah saya masuk neraka sebab dosa-dosa yang saya lakukan..nauzubillah...masa ustaz tu cakap saya takde catat, then saya pon search la kt uncle google psl bnda ni, and akhirnya saya jmpa ciri-ciri lelaki jadi dayus, kira ada kaitan jgk lah ngn bapa dayus kan? so, saya nak share kat semua orang lah sbb saya pernah dengar orang cakap, sebarlah ilmu walaupun sedikit ke mcm mna entah bunyi kata-kata tu..ni 
ciri-ciri yang saya maksud kan 

v
v
v

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian,Jutaan kemaafan dipohon anda terkasar bahasa hamba kalamkan. Namun,ketegasan bapa kini akan membawa kesejahteraan dimasa tuanya.Manakala kedayusan bapa kini akan mengunda kesengsaraan dan malapetaka pada dirinya,ahlinya dan negaranya sendiri.


saya tahu saya bukan anak yang terlalu sempurna, baik and solehah, tapi saya harap Allah mampu kabulkan doa saya agar ampunkan dosa-dosa mereka yang bergelar ayah..amin. sebagai anak, saya akan berusaha menjadi seorang anak yang solehah sebab bila mak ayah dah takde mereka perlukan doa anak solehah..semoga diri ini dan semua yang membaca mampu berfikir sejauh mana diri kita sebenar...sekian... 

No comments:

Post a Comment