CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 28, 2012

.::. Friendship because of Allah .::.

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah kerana Allah sudah makbulkan doa saya yg sudah bertahun-tahun lamanya. Indahnya bila memohon pada Yang Maha Pemurah, walaupun sudah lama, tapi Dia tetap tunaikan. Saya memohon padaNya agar kurniakan sahabat yang boleh memahami, menenangkan hati, dan penyuntik semangat. Dulu saya rasa kosong bila saya ada sahabat hanya untuk bergelak ketawa, saya minta sahabat yang lain, tak baik nya saya kan? tapi tanpa saya sedar, rupanya sahabat-sahabat itu juga lah yg menjadi seperti yang saya minta, subhanaAllah indahnya kuasa Allah. Saya sahabat yang mampu ceriakan saya semasa saya duka, sahabat yg menjadi pendengar yang amat setia, sahabat yang Allah selalu gerakkan hatinya untuk mesej saya saat saya rasa susah dan macam-macam lagi keistimewaan sahabat2 saya yg hebat. Terima kasih Ya Allah, dan saya juga baru sedar, semua yang berlaku ini bila saya mula tanam rasa sayang mereka semua kerana Allah. Rupanya benarlah ada yang mengatakan, sebelum kita mengharapkan orang lain berubah, kita terlebih dahulu perlu berubah. Semoga persahabatan kami semua berkekalan hingga ke syurga, insyaAllah, Aamiin.


No comments:

Post a Comment